SMIWI di Majalah i edisi Jun 2009
JIM Selangor, JIM Selangor di Media, Wanita JIM Selangor No Comments »


Shah Alam, 17 Jun — Mesyuarat Permaufakatan JAIS. YDP JIM Selangor, Hj Mazmi Kamal telah menghadiri mesyurat permaufakatan yang ke 4. Turut hadir adalah 42 NGO Islam yang lain termasuk 3 NGO yang baru iaitu:
Mesyurat yang akan datang pada 18 Ogos 2009.
“Rasa tawar”, kata Abah sambil menyuap nasi. “Abah ini memang ada saja yang tak kena. Doktor dah pesan kurangkan garam. Jaga makan…”, Mak pun terus dengan respon seperti pengulas sukan menceritakan tentang perlawanan langsung bola sepak. Aku dan suami saling berpandangan. Rasa serba salah pun ada. Kasihan Abah. Sedikit saja teguran Abah tetapi disambut dengan komen panjang lebar bak bertih goreng. Abah diam meneruskan makan.
Sudah empat hari Mak berada di Tapah, Perak menemani adik bongsuku yang baru berpindah ke sana. Abah balik ke kampung sendirian di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk temujanji dengan doktor tiga bulan sekali. Abah tidak pernah tertinggal sebarang temujanji dengan doktor. Hari itu, aku dan suami menemani Abah ke Tapah. Kakak-kakakku berpesan jangan dibiarkan Abah memandu jauh-jauh seorang diri.
“Macam mana rasa balik kampung sorang-sorang Abah?”, tanyaku dalam perjalanan kami ke Tapah. Di usia emas 70an, Abah dan Mak jarang berpisah. “Makan OK saja. Kak Long hantarkan makanan untuk Abah”. Kak Long, kakak iparku tinggal tidak jauh dari rumah Abah di kampung.
”Tapi Abah rasa sunyi betul masa Mak tak ada di kampung. Sunyi betul tak ada orang mengomel pada Abah”, tambah Abah sambil merenung jauh. Aku dan suamiku saling berpandangan. MasyaAllah…. selama ini kami tidak senang duduk kalau Mak asyik mengomel pada Abah. Rupa-rupanya omelan itu yang dirindui oleh Abah.
”Mak tahu tak, Abah kata, sunyi betul rumah di kampung masa Mak tak ada”, aku menceritakan kepada Mak semasa kami berdua di bilik. Abah dan suamiku membaca suratkhabar di ruang tamu rumah adikku. Mak tersenyum. ”Ateh, memang Mak selalu berleter pada Abah. Tapi tiap-tiap lepas solat berjemaah dengan Abah, Mak minta maaf dari dia”, jelas Mak kepadaku. Rupa-rupanya Abah dan Mak sudah saling memahami dan saling menerima. Allah mengurniakan mereka sakinah, mawaddah dan rahmah yang menjangkau ke usia emas. Mudah-mudahan berterusan sepanjang hayat sehingga mereka dipertemukan di syurga, InsyaAllah.
Perkongsian Pak Cahyadi Takariawan di Konvensyen Keluarga Duat anjuran JIM mengimbau kisah Mak dan Abahku. Pak Cahyadi menceritakan bagaimana seorang suami merindui ’keriuhan’ isteri di rumah apabila si-isteri meninggalkannya beberapa hari kerana tugas. Tidak semua suami tahan sekiranya isteri suka berleter. Ada suami yang bersikap seperti Saidina Umar, yang hanya berdiam dan bersabar mendengar leteran isteri mengenangkan terlalu banyak pengorbanan dan kebaikan isteri. Ada pula yang menganggap leteran isteri sebagai omongan di radio yang tidak menjejaskan emosinya bahkan akan merasa kesunyian bila ’radio’ itu tidak ada. Pak Chahyadi memberi satu perspektif yang amat positif bahawa leteran dan cakap-cakap isteri adalah hikmah dan anugerah Allah swt yang membolehkan anak kecil belajar bahasa dengan berkesan. Bayangkan kalau siibu diam sahaja ketika mendodoikan anak. Akan lambatlah anak kecil itu bisa bercakap.
Alhamdulillah, kehadiran kami suami isteri ke Konvensyen Keluarga Duat mengingatkan kembali visi unggul keluarga dan motivasi suci yang dimateri di awal penikahan. Visi perlu digilap kembali agar jelas nyata. Motivasi suci mesti diperteguhkan agar perjalanan hidup berkeluarga tidak tersasar dari visi. Peranan selain yang jelas ditentukan syari’at perlu disyurakan supaya sepakat. Sembang-sembang santai dan ceria ketika melakukan aktiviti bersama boleh mengurangkan jurang komunikasi di antara suami isteri serta anak-anak.
Aku teringat kembali pantun-pantun yang kami sekeluarga nukilkan untuk Hari Keluarga JIM Daerah Hulu Langat April, 2009.
Di tepian kali bertaaruf mesra
Indah terasa ukhuwwah nan erat
Keluarga dikemudi ibarat bahtera
Belayar di samudera menuju akhirat
Alam nan indah ciptaan Allah
Menghijau bumiNya nyaman suasana
Dibajai mawaddah, sakinah dan rahmah
Syari’at dipelihara ibadah dilaksana
Saujana dipandang pepohon nan rendang
Gambar dilukis puisi pun ditulis
Syari’at dijulang keluarga gemilang
Da’wah dirintis anak-anak pewaris
Ya Allah, jadikanlah keluarga kami dan keluarga sahabat-sahabat kami termasuk di dalam golongan keluarga duat yang Engkau Redhai. Amin Ya Ghafuur, Ya Haadi, Ya Mujiib.
Jazakumullahu khairan kathira kepada Penganjur & Penceramah-penceramah Jemputan. Syabas kepada Penganjur kerana berjaya mengumpulkan ramai pasangan muda, pasangan berpengalaman serta beberapa trio poligami. Perkongsian yang amat menarik dan bermenafaat untuk kami suami isteri.
~Halimah
Ahli JIM DHL
Aku merasa seolah-olah tidak berada di bumi Malaysia. Sejak melangkah masuk ke ruang solat, karpet merah hati mengingatkan aku dengan karpet merah hati di Masjid Nabawi. Ketika dahiku mencecah sujud ke karpet lembut itu, rasa rindu syahdu menyelubungi nuraniku. Ya Allah, perkenanlah aku menjadi tetamuMu.
Aku menjenguk ke bawah dari ruangan muslimah di aras tiga masjid,. Kelihatan susuk-susuk berkulit cerah, sawo matang dan gelap. Ada yang berambut kering halus, ada yang berjanggut lebat dan segelintir pula yang berkepala licin berkilat. Sekumpulan lelaki yang ku rasa berasal dari Timur Tengah duduk berkumpul seperti dalam halaqah ilmu. Tiga lelaki berkulit hitam berbual riang, sesekali menepuk bahu sesama mereka. Di luar masjid sekumpulan lelaki berkulit cerah dan bermata sepet sedang berdiskusi di meja bulat. Sekiranya mereka tidak berkopiah dan berada di perkarangan masjid, aku pasti tidak sesiapapun akan menyangka bahawa mereka saudara seaqidah.
Mungkinkah ramai pelajar sarjana muda sedang bercuti semester menyebabkan suasana kampus didominasi oleh pelajar sarjana luar negara? Apapun aku terharu dengan suasana kepelbagaian bangsa yang ada. Peluang terbuka luas untuk warga universiti ini bertaaruf dan berukhuwwah dengan saudara seIslam dari negara dan benua asing tanpa meninggalkan bumi Malaysia. Persoalannya, adakah mereka menggunakan kesempatan ini sebaik-baiknya?
Inilah secebis dari coretan yang ku nukilkan semasa menghadiri Bengkel Penulisan anjuran JIM Negeri Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain pengisian padat dan bermenafaat, aku dapat merasakan suasana keindahan Islam untuk manusia sejagat tanpa mengira bangsa, warna kulit dan bahasa. Islam rahmat untuk seluruh alam. Masjid UIA ku rasakan seperti ‘Mekah kecil’ di mana warna-warni umat Islam bersatu di bawah lembayung aqidah.
Prof Madya Dr Umi Kalthum, pengendali bengkel membawa peserta meneroka jiwa, merangsang deria dengar, lihat, bau dan rasa. Pena yang pada awalnya kaku semakin lancar berlari. Ide yang pada awalnya beku kian cair mengalir. Alhamdulillah, banyak mutiara kata dan kisah terpendam dapat digali dari dalam diri peserta sehingga melahirkan karya-karya yang menusuk hati. Akh YDP JIM DHL (merangkap SU JIM Selangor) juga berhasil menukilkan pengalaman yang menyentuh hati. Boleh kongsikan di JIMDHL Akhi? Mudah-mudahan akan merangsang ahli-ahli untuk turut sama meluncurkan pena dan mengetuk papan kekunci untuk menyibarkan fikrah ini.
~Halimah
Ahli JIM DHL

Dr Umi Kalthum Ngah sedang menyampaikan sesuatu kepada para peserta PENA
Bengkel Penulisan untuk Media Massa telah berjaya dianjurkan oleh JIM Selangor pada 30 Mei 2009 bertempat di Classroom 4, Masjid UIA Gombak. Prof Madya Dr Umi Kalthum bt Ngah yang merupakan Fasilitator bengkel ini telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya dari jam 9 pagi sehingga jam 5.00 petang. Seramai 20 peserta telah menghadiri bengkel ini termasuk ahli-ahli JIM daerah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Assalamualaikum wbt….
Anda BERDEPAN DENGAN MASALAH KEGANASAN RUMAHTANGGA tetapi tidak tahu dengan siapa untuk dirujuk?
Anda SERING TERDENGAR JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA DIDERA SUAMINYA tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk membantunya?
Anda INGIN MEMBANTU SAHABAT-SAHABAT ANDA DI LUAR SANA tetapi anda tidak mempunyai sebarang info yang boleh anda jadikan panduan?
Ingin menjadi sukarelawan?
Bantulah mereka yang memerlukan bantuan anda kerana tidak semua daripada kita boleh mengecap nikmat bahagia di luar sana.
JOM kita tambah ilmu dan pemahaman kita mengenai isu ini.
ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA
ISU HAK YANG DIABAIKAN
ISU MEREKA YANG TERANIAYA
Sertai kami di
SEMINAR KATAKAN TIDAK! KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, LITERASI UNDANG-UNDANG WANITA, KELUARGA DAN KANAK-KANAK
Pada
30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa
8.30 pagi – 1.30 tengahari
Tempat
Dewan Suria,
Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd,
[CONSIST]
Ground Floor
Bangunan Pro Centre,
Lot 3301, Batu 8, Jalan Ulu Kelang,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan
ANJURAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
Seksyen Sektoral, UPEN
Sekretariat OSCC
Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) Ampang Jaya
OBJEKTIF
1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
TENTATIF PROGRAM
1.00 tengahari
MASATENTATIF
8.00 pagiKetibaan dan pendaftaran
8.45 pagi Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis.
Bacaan Al-Qur’an
Ucaputama oleh YDP JIM Ampang Jaya
PERASMIAN oleh YB Hj Saari Sungib, Adun Hulu Kelang
9.15 pagiModul 1 : Keganasan terhadap wanita, isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti
PENCERAMAH : Dr Radziah Jabir
Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Selayang Baru
10.15 pagiRehat dan Kudapan
10.30 pagiModul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC disertai persembahan multimedia OSCC
PANEL :
Dr Ridzuan Bin Dato’ Md Isa
Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang
Encik Abd Razak bin Aziz
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
Ketua Polis Daerah Gombak
MODERATOR : Dr Badiah
12.00 tghMODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi wanita & Biro Bantuan Wanita
PENCERAMAH : Puan Afzan Harison , Peguam Bela Peguamcara, ahli BAR Council Kuala Lumpur.
1.00 tengahariPenutup dan Bacaan Doa
Makan tengahari dan bersurai
InsyaAllah, setiap perbentangan yang dilakukan boleh membantu kita sedikit sebanyak untuk membantu mereka di luar sana.
Untuk pendaftaran, hubungi:
Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang (Tel:03-42602205)
Wanita JIM Ampang Jaya (Hjh Jeriah Manap-013-3404343 /03-41073379)
atau sms nama ke 019-5053008.
Masuk: PERCUMA
Assalamualaikum wbt,
Jawatankuasa Penerangan JIM Selangor
akan menganjurkan
BENGKEL PENULISAN BERKESAN UNTUK MEDIA MASSA
(PENA)
Tarikh:
30 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat:
Bilik Seminar bawah Masjid UIA Gombak
Masa:
9.00 pagi ~ 5.00 petang
bersama Moderator anda
PROF. MADYA DR. UMI KALTHUM NGAH
(Penulis beberapa buah novel Islami terbitan PTS)
Terhad untuk 30 orang sahaja!
Yuran Penyertaan hanya RM 30 sahaja!
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi
Ahmad Nizam Samsudin 019-235 5575 atau email nizamnet@gmail.com
Terima kasih!
Radio IKIM akan mengadakan sesi ulasan buku dalam siri ‘Duniaku Buku’ untuk buku Ustazah Maznah Daud “Alfatihah dan keunikan angka 7″ seperti berikut:
Tarikh: Rabu, 13 Mei 2009
Masa: 2.30 - 5.30 petang (Minum Petang jam 5pm)
Tempat: Bilik Cempaka Sari, Hotel UiTM, Shah Alam
Anjuran: JIM Selangor
Sesi ini akan dibuat dalam bentuk seminar yang melibatkan peserta seperti berikut:
1. Ulasan buku oleh Ustazah Maznah dengan pengendalian Ustaz Zamri.
2. Sesi soal jawab dari peserta yang hadir
Radio IKIM akan membuat penggambaran mengenai sesi ini. Selain itu, juga akan diadakan Pelancaran Siri Perkongsian Al-fatihah.
Penyertaan hadirin dibuka iaitu seramai 30 orang. Bayaran tidak dikenakan. Bagi sesiapa yang ingin hadir, sila inform saya nizamnet@gmail.com atau 019-235 5575 selewat-lewatnya hari ini (8 Mei 2009) untuk memudahkan urusan logistik.
Terima kasih
–
Ahmad Nizam Samsudin
JK Penerangan JIM Selangor
dari JKD Ampang Jaya;
” tips berdakwah pada non-muslims”
antara persediaan untuk bersama masyarakat
di KARNIVAL HARMONI!
Tarikh: SABTU, 9 Mei 2009
Masa: 2.30 pm – 5 pm
Tempat : Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati, Gombak
jom !!!!!!!!
jom ramai2 !!!!!!
jom ramai2 hadir !!!!!
Recent Comments